Sunday, February 19, 2017

Copywriting & Storytelling



Assalamualaikum.

dah jarang jarang update blog ni idea untuk bercerita pun semakin tandus. ah! tak boleh macam ni aku kena terus update dari masa ke semasa. ada pembaca mahupun tidak, akan aku teruskan jua. sebab apa?

sebabnya....tiba tiba aku teringat balik zaman first-third year aku buat blog aku suka sangat menulis. menulis santai, tapi sekarang macam krik krik hampir disetiap sudut. cengkerik pulak lagi yang makin famous! duh!

jadi, utk mempraktikkan dan mengukuhkan lagi cara penulisan aku akan pastikan blog ni salah satu medium untuk aku applykan storytelling & copywriting. ececeh ye ye or kan, tapi InshaAllah i will :))

APA ITU COPYWRITNG & STORY TELLING?

fyi, sejak aku dah berhenti kerja dan tak buat apa apa dari bulan 12 tahun lepas. aku dah mula berjinak jinak nak niaga. so aku nak belajar buat copywriting & storytelling ni. kak nini yang kenalkan aku dgn dua  beradik ni hihihi.

so apa kaitannya copywriting & strorytelling dgn bisnes?

memang berkait SANGAT!!! siapa yang nak buat bisnes online memang patut belajar benda basic ni!!!

copywriting & storytelling ni adalah salah satu cara nak tarik prospek (customer) dgn menggunakan platform facebook contohnya, masa update status facebook, kita digalakkan bercerita santai. selit selitkan sikit dgn joke, memang tak dinafikan aku sendiri suka baca bila nampak status orang berniaga yang praktikkan cara storytelling. macam fun! macam tak nampak gaya orang menjual pun tapi tetap masyuk.

walaubagaimanapun aku sendiri punya status macam kayu dan batu..............k k takpe kita belajar kite belajar....

dalam masa yang sama, tengah bercerita tu boleh selit kan produk yang kite jual. tapi pastikan, guna passage sebab dengan adanya perenggan macam tu status akan jadi lebih kemas dan memudahkan orang nak baca. serious talk! aku sendiri pun jadi malas nak baca kalau status nampak serabut and panjang without perenggan laik there is no tumoro hmm laju laju taip nak gi mana cikkiyah oi

basically, storytelling & copywriting ni cara kita nak menarik orang mengenali kita dengan cara penulisan santai dan bersahaja, jadinya bila orang dah kenal kita, bila kita jual apapun orang akan beli, dan kite dipercayai ramai, InshaAllah. SINGER MENAWAN KELUARGA BAHAGIAAA ((eh eh tetiba))

saya ada join satu-dua group yang boleh mengukuhkan lagi teknik copywriting & storytelling. kepada yang berminat boleh pm kat facebook saya Ieyra'Nur Zahira Ghani

Nanti kalau dah PM tolong komen kat entry ini ya? Bagitahu lah kawan kawan lain yang berminat nak belajar tentang bisnes juga.

Korang meniaga apa?? DAH PERNAH GUNA TEKNIK STORYTELLING & COPYWRITING? CER SHARE SIKIT :))

okay sekian sahaja dari saya, kalau ada kesalahan dlm memberi penerangan pasal tajuk ni im sorry saya pun baru belajar. meh kite meroket sama sama ;))

Jom jadi friends dalam facebook dan instagram.

Facebook: Ieyra'Nur Zahira Ghani
Instashop: ieyraghani.collection

No comments: