Friday, March 03, 2017

Birthday Contest: EDP INSPIRED PERFUME




Assalamualaikum.


Hi guys. It has been a month since i joined this bisnes online for EDP Inpired Perfume.

semalam, birthday aku. no no entry ni bukan nak cerita pasal birthday aku pun bikos takde yang menarik pun kecuali satu bendaaaa!

iaitu, aku ada anjurkan Birthday Contest dekat facebook. hadiah dia nanti dapat percuma sebotol perfume Miss Dior yang aku jual. tak tipu, perfume tu ada kat tangan aku sendiri mmg ready stock.

jadi, kepada yang berminat boleh lah join di facebook tipulaaaa korang blogger tak pakai facebook? ha ha ha (facebook aku Ieyra'Nur Zahira Ghani)

Question of The Day: korang pernah pakai perfume ori jenama antarabangsa? Perfume Apa? aku jual yang inspired perfume punya, boleh check kat wall facebook.

Facebook: Ieyra'Nur Zahira Ghani
Page: Ieyra Ghani's Collections
Instashop: ieyraghani.collections




2.3.2017 im officially 23 years old. Alhamdulillah, thanks for all the wishes and im proud to be born.

adios,

Sunday, February 19, 2017

Copywriting & Storytelling



Assalamualaikum.

dah jarang jarang update blog ni idea untuk bercerita pun semakin tandus. ah! tak boleh macam ni aku kena terus update dari masa ke semasa. ada pembaca mahupun tidak, akan aku teruskan jua. sebab apa?

sebabnya....tiba tiba aku teringat balik zaman first-third year aku buat blog aku suka sangat menulis. menulis santai, tapi sekarang macam krik krik hampir disetiap sudut. cengkerik pulak lagi yang makin famous! duh!

jadi, utk mempraktikkan dan mengukuhkan lagi cara penulisan aku akan pastikan blog ni salah satu medium untuk aku applykan storytelling & copywriting. ececeh ye ye or kan, tapi InshaAllah i will :))

APA ITU COPYWRITNG & STORY TELLING?

fyi, sejak aku dah berhenti kerja dan tak buat apa apa dari bulan 12 tahun lepas. aku dah mula berjinak jinak nak niaga. so aku nak belajar buat copywriting & storytelling ni. kak nini yang kenalkan aku dgn dua  beradik ni hihihi.

so apa kaitannya copywriting & strorytelling dgn bisnes?

memang berkait SANGAT!!! siapa yang nak buat bisnes online memang patut belajar benda basic ni!!!

copywriting & storytelling ni adalah salah satu cara nak tarik prospek (customer) dgn menggunakan platform facebook contohnya, masa update status facebook, kita digalakkan bercerita santai. selit selitkan sikit dgn joke, memang tak dinafikan aku sendiri suka baca bila nampak status orang berniaga yang praktikkan cara storytelling. macam fun! macam tak nampak gaya orang menjual pun tapi tetap masyuk.

walaubagaimanapun aku sendiri punya status macam kayu dan batu..............k k takpe kita belajar kite belajar....

dalam masa yang sama, tengah bercerita tu boleh selit kan produk yang kite jual. tapi pastikan, guna passage sebab dengan adanya perenggan macam tu status akan jadi lebih kemas dan memudahkan orang nak baca. serious talk! aku sendiri pun jadi malas nak baca kalau status nampak serabut and panjang without perenggan laik there is no tumoro hmm laju laju taip nak gi mana cikkiyah oi

basically, storytelling & copywriting ni cara kita nak menarik orang mengenali kita dengan cara penulisan santai dan bersahaja, jadinya bila orang dah kenal kita, bila kita jual apapun orang akan beli, dan kite dipercayai ramai, InshaAllah. SINGER MENAWAN KELUARGA BAHAGIAAA ((eh eh tetiba))

saya ada join satu-dua group yang boleh mengukuhkan lagi teknik copywriting & storytelling. kepada yang berminat boleh pm kat facebook saya Ieyra'Nur Zahira Ghani

Nanti kalau dah PM tolong komen kat entry ini ya? Bagitahu lah kawan kawan lain yang berminat nak belajar tentang bisnes juga.

Korang meniaga apa?? DAH PERNAH GUNA TEKNIK STORYTELLING & COPYWRITING? CER SHARE SIKIT :))

okay sekian sahaja dari saya, kalau ada kesalahan dlm memberi penerangan pasal tajuk ni im sorry saya pun baru belajar. meh kite meroket sama sama ;))

Jom jadi friends dalam facebook dan instagram.

Facebook: Ieyra'Nur Zahira Ghani
Instashop: ieyraghani.collection

Saturday, February 04, 2017

sila jadi nurse



Assalamualaikum.

Hai kalau nak tahu gambar kat atas tu baby Raudhah, my cute niece pipi mcm pikachu. Sama cute laik her moteh (me) okay sila setuju.

Gais, tujuan aku menulis entry ni sebab nak mengadu (sobs) dan nak share kat sini sebab aku takleh rant kat facebook psl ni bikos fb aku just to spread positive vibes (ececeh) at the same time family aku takkan tahu if aku rant kat sini and kat twitter pulak aku tanak buat thread panjang panjang.


Cerita dia.......


"kalau ira nak sambung belajar lagi, mek (mak aku) takde duit nak tanggung dah..."

SEDIH JE BILA DENGAR AYAT MACAM NI. Orang bkn senang mcm aku ni mesti paham. Nak kata orang susah tu tak jugak tapi dalam kategori biasa-biasa (ayah dah takde, mak dah tua tak keje, adik beradik ada tapi aku tak nak diorang tanggung pelajaran aku sbb masing masing dah ada tanggungan, lagipun duit mak aku sekarang utk renovate rmh)

"takpe..ada je lagi duit keje haritu yg lain boleh pinjam ptptn, boleh mintak zakat tp lambat sikit dapat (dah tgk syarat, aku layak), dan yayasan terengganu pun boleh"

"haritu kata dah tanak sambung....."

Aku senyap.
Ya, mmg haritu aku dah tanak sambung tapi lepas keje hampir setahun aku rasa nak sambung degree pulak padahal muet pun belum buat.

Dgn sokongan akak aku, aku dpt beli no pin muet pakai duit dia (kira ganjaran aku jaga dia time pantang)

So, 14 Feb 2017 ni speaking test, bulan Mac nanti yg selebihnya. Pray for me gais 🙌

Sebenarnya, mak aku sejak aku habis spm dulu lagi dia nak aku jadi nurse. Tapi aku cakap aku tak minat nurse takleh tengok luka kononnya hahahaha alasan coward gila,

Tapi tahun lepas, aku try apply jugak SPA Latihan Separa Perubatan (Jururawat) but takde rezeki. Sampai sekarang. Ce tengok gambar bawah....




Pastu aku send screenshoot tu kat seorang student nursing under KKM and dia cakap....



So tadi aku update permohonan SPA, dgn harapan tahun ni ada rezeki aku, untuk memenuhi impian mak aku yang nak sgt anak bongsu perempuan dia ni jadi nurse..Yalah mak papejelah demi mak, yang penting dpt restu mak. Habis tu muet tu nak buat apa? LOL tak rugi pun ada sijil muet so watlek dah, lagipun aku still akan apply for degree incaseeee tak dpt spa so ill proceed with my niat........

Now 23yrs old, kalau ada rezeki dapat nurse aku kena study 3 tahun dan habis masa umur 26 hahahahaha takpelah aku tak kisah pun pasal tu.


so gais ayuh doakan

"semoga nur zahira che ab ghani dimurahkan rezeki tahun ni dia akan dapat mengikuti latihan separa perubatan kejururawatan"



Terima Kasih,
May Allah bless us.


baby razia khayla, ni lah anak akak aku yg belanja no pin muet hahaha aku jaga dia from day1-nak masuk 2bulan macam anak sendiri......ada bakat jadi nurse tak?? Kk raklu bye.



Assalamualaikum...